Pages

Tuesday, June 17, 2014

DIY : Bahan Asas untuk Baking

as salam semua
kadang-kadang apa yang kita nak, stok dah habis kat kedai.. atau kita rasa was-was nak beli.. jadi boleh buat sendiri.. lebih jimat, mudah, bersih & yakin.. tapi bt kerja lebih sikit & take time sikit la

Tepung Naik Sendiri
Bahan2nya:
500gm tepung gandum
7  sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara2nya:
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ku...bolah simpan dalam bekas bertutup dan bila nak  nak guna bolehlah guna tanpa was-was....

Tepung Kek

Bahan2nya:
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Cara2nya:

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek...kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu....

Sour cream (krim masam)

Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream
3/4 sk white vinegar / cuka makan
Cara2nya:

1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.
2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.
3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.
4. Simpan dalam peti sejuk.

Buttermilk (susu masam)

Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair
2 sb white vinegar / cuka makan / epal cider vinegar
Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.
2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.

Brown sugar (gula perang)

Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses
Cara2nya:

1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses.
2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.


sumber :
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/02/buat-sendiri-tepung-kek-dan-tepung-naik.html
http://mybakingworkshop.blogspot.com/2013/07/jom-buat-sendiri-bahan2-asas-untuk.html
http://mybakingworkshop.blogspot.com/2013/07/jom-buat-sendiri-bahan2-asas-untuk.html

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

No comments:

Post a Comment