Followers

Search This Blog

Loading...

DBK Form - Untuk Sebarang Pertanyaan @ Order. DBK will be reply in 24hours

Name
Email Address
Tel. No
Address
Order or Enquiry
How Do You Know Us

Get your own free form like this one.

Wednesday, April 23, 2014

15 Tip Memilih Bahan Untuk Membuat Kek

AS SALAM

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek boleh memberikan hasil yang berlainan untuk kek yang anda buat. Kek yang menjadi dengan elok atau tidak bergantung kepada bahan-bahan.

15 Tip Memilih Bahan Untuk Membuat KekBahan-bahan yang perlu haruslah mengikuti 15 tip berikut:


1. Bahan-bahan untuk membuat kek perlu berada pada  suhu bilik (bolehlah dikeluarkan dari peti sejuk kira-kira 60-90 minit sebelum bahan-bahan ini diperlukan).

2. Bagi mengetahui samada telur yang anda gunakan itu segar atau tidak, letak telur dalam sebuah mangkuk yang berisi air. jika telur tenggelam, telur itu segar.  Tetapi jika telur tersebut terapung atau berdiri di atas satu hujungnya ini jelas menunjukan telur tersebut tidak lagi segar.

3. Telur  biasanya bermakna telur Gred A atau telur saiz besar.

4. Susu biasanya bermaksud susu homogenized.

5. Anda boleh menggantikan susu dengan yogurt atau krim masam, untuk mendapatkan tekstur kek yang berbeza.

6. Untuk menggantikan buttermilk anda boleh mencampurkan 1 sudu teh cuka untuk setiap cawan susu homogenized dan kacau.

7. Untuk mendapatkan timbangan yang paling tepat, gunakan alat penimbang digital.

8. 1 biji besar putih telur = 37 gram, 1 biji besar kuning telur = 20 gram. Telur boleh dipisahkan antara putih dan kuning ketika sejuk. Putih telur paling baik dipukul ketika berada pada suhu bilik atau tidak sejuk.

9. Putih telur yang dibekukan hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk pada malam sebelum anda memerlukannya.

10. Untuk hasil terbaik, menggunakan ekstrak vanila tulen. Jangan takut untuk menggandakan kuantiti vanila.

11. Telur yang baru dikelurkan dari peti sejuk boleh dibawa ke suhu bilik dengan cepat dengan merendam keseluruhan di dalam semangkuk air suam (bukan air panas!) selama 30 minit.

12. Mentega yang baru keluar dari peti sejuk pula boleh diturunkan ke suhu bilik dengan cepat, dengan  cara memotongnya menjadi kiub-kiub kecil dan diletakan di atas pinggan selama kira-kira 15 minit.

13. Semisweet Chocolate = Dark Chocolate.  Dan Bittersweet Chocolate = Extra Dark Chocolate.

14. Semisweet chocolate & Bittersweet Chocolate boleh ditukar-tukar kegunaannya.

15. Gunakan mentega tanpa garam untuk resipi kek melainkan dinyatakan sebaliknya.

Untuk mendapatkan kek yang menjadi dengan baik gunakan tip dan panduan memilih dan menyediakan bahan-bahan ini.

sumber :
http://www.allykek.com/15-tip-memilih-bahan-untuk-membuat-kek.html#sthash.HnaS3TzR.dpuf


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Rahsia Vanila

AS SALAM


Vanila bean datang dari buah vanilla yang datang daripada sejenis tumbuhan orkid. Buahnya dalam bentuk pod seperti buah kacang. Terdapat lebih 110 jenis orkid vanila, hanya 1 jenis saya sesuai untuk di komersialkan iaitu Vanilla planifolia untuk vanilla bean.


Vanilla bean lebih mahal berbanding pes vanilla, ekstrak vanila, esen vanilla, serbuk atau gula. Vanilla bean inilah yang diproses untuk menjadikan ekstrak, pes, atau esen vanilla tu. Walaubagaimana pun vanilla bean adalah paling berperisa dan paling kuat mengeluarkan kewangian vanilla berbanding lain-lain bentuk.

Vanilla bean ini terdiri daripada pod kekacang yang kelihatan berlilin berwarna coklat gelap dipenuhi dengan beribu-ribu biji-biji halus. Jika anda membeli vanilla bean pastikan podnya nampak berisi dan licin dan tidak kering. Mereka harus bau yang sangat harum dan bersinar sedikit kepada mereka.

Perkara paling bagus bila menggunakan vanilla bean ialah rasa dan bau wanginya yang kuat dan terdapat biji-biji hitam halus pada seluruh kek atau adunan. Sangat menarik dan memuaskan terutama bila digunakan pada masakan yang berwarna putih atau terang seperti kek putih, cupcakes, mufin. Vanila bean memberikan rasa begitu kuat dan komponen visual dapat melihat biji hitam sedikit dalam produk siap yang menggunakan vanilla bean.

Resipi Vanilla Extract Tanpa Alkohol 
Berikut adalah resipi tersebut:

     16 vanilla beans
     1 1/2 cawan glycerin
     1/2 cawan air suam
     Balang Kaca kedap udara
  1. Potong sepanjang vanilla bean di bahagian tengah vanilla bean sehingga menjadi 2 bahagian
  2. Keluarkan biji-biji vanilla atau caviar menggunakan hujung pisau anda.
  3. Masukkan biji-biji vanilla tadi di dalam balang kaca.
  4. Gunting batang-batang vanilla tersebut kepada 4 bahagian and masukkan jugak batang -batang tersebut ke dalam balang yang sama tadi. Ini untuk memaksimakan hasil vanilla estrak
  5. Masukkan glycerin dan air suam ke dalam balang tersebut.
  6. Goncang! Goncang! Goncang! sekuat hati setiap hari untuk minggu pertama.
  7. Minggu ke 2 - ke 4, goncang 2 - 3 kali seminggu.
  8. Simpankan di dalam cupboard yang gelap, tidak terdedah kepada cahaya matahari.
  9. Selepas lebih kurang sebulan, (saya punya ekstrak tak makan masa sampai sebulan pun) Estrak anda dah siap untuk digunakan apabila dia mencapai warna coklat gelap keemasan (dark golden amber) bila dilihat balang itu di bawah cahaya matahari. 
  10. Untuk menggunakan, tapiskan vanilla ekstrak tersebut menggunakan penapis kopi sekiranya anda mahu gunakan ekstraknya sahaja atau penapis biasa sekiranya anda mahu vanilla beans tersebut berada di dalam masakan anda atau kek anda atau sebagainya. (saya suka letak kat dalam minuman nescafe saya, berbau harum bunga)
  11. Tidak ada tandingannya dengan vanilla ekstrak. Anda akan dapati perbezaan di dalam resipi anda apabila guna vanilla ekstrak berbanding vanilla essence atau flavor.
  12. Jangan lupa labelkan tarikh supaya anda tahu ekstrak dibuat pada hari apa.

Tidak ada yang lebih mudah dan murah dari membuat sendiri vanilla estrak yang asli. Kebanyakan Vanilla estrak yang terdapat di kedai amat musykil kandungan kerana pembuatan vanilla ekstrak yang asli memerlukan alkohol untuk mengekstrakkan rasa vanilla tersebut manakala essence atau pun vanilla adalah perasa tiruan yang hanya mengadungi kurang dari 10% dari rasa sebenar vanilla.

sumber :
http://www.allykek.com/apakah-vanilla-bean.htmlhttp://fidavanilla.blogspot.com/2011/02/mari-membuat-homemade-vanilla-extract.html
sumber lain yang menarik untuk dibaca :
http://rasa.karangkraf.com/artikel/dunia-masakan-selebriti/khasiat-di-sebalik-harum-vanila-1.231503
http://kemangipontian.blogspot.com/2013/05/rahsia-vanilla.html


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Lemak : Mentega, Majerin & Lemak


AS SALAM

agak lama juga nak share info bakeri di blog DBK ni cuma masa tidak mengizinkan..


Lemak
Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan gluten dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. [citation]

Dalam kek mentega (butter cake), lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega tulen adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut. [citation]


Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.

1) Mentega tulen dan lepa susu

Terdapat dua jenis mentega (atau juga dikenali sebagai butter) yang biasa didapati di pasaraya: mentega tulen (pure butter atau pure creamy butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).

Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik.

Perbezaan harga, kandungan lemak dan rasa:
Perbezaan nyata adalah dari segi harga dimana mentega tulen lebih mahal dari lepa susu.
Selain itu, mentega tulen mempunya kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sehingga 80% dari beratnya (20% lain adalah garam, cecair dll.) manakala lepa susu mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah dan telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, lecitin soya, lemak susu tulin, garam dan lain-lain. [citation] [citation]


Mentega tulen turut membangkitkan aroma dan rasa yang lebih sedap berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. [citation]


Ia boleh didapati dalam keadaan bergaram (salted) atau tidak bergaram (unsalted).
Salah satu perbezaan yang juga agak ketara jika dibanding mentega tulen dengan lepa susu adalah juga dari segi warna dan baunyanya. Biasanya warna mentega tulen lebih kuning-keorenan dan baunya lebih kuat (seakan minyak sapi).

Jika membuat biskut dengan mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi. Untuk kualiti produk yang terbaik, pilihlah mentega tulen (SCS, Fern) dan bukan mentega campuran (lepa susu). Namun dalam penghasilan produk bakeri terutama yang kecil-kecilan, kos perlu dititikberatkan dan rata-rata menggunakan lepa susu seperti Buttercup sebagai pengganti terbaik selepas mentega tulen.

Jenama mentega di pasaran:Contoh mentega tulen seperti Golden Churn, Golden Fern, Anchor, Tatura, SCS dan lain-lain.

Contoh mentega tulen Anchor (picture courtesy of Google)

Panduan PenyimpananMentega adalah bahan yang mudah lembik apabila dibiarkan pada suhu bilik pada jangkamasa yang lama. Oleh itu ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak digunakan.Apabila menyimpan mentega, pastikan ia berbalut dengan elok dan diletakkan di tempat simpanan khas. Jangan campurkan ia dengan bahan-bahan makanan lain kerana mentega mudah menyerap bau-bauan dari makanan lain. Mentega mempunyai jangkahayat yang lama iaitu lebih kurang 1 tahun dari tarikh pengilangannya. Pastikan anda membeli mentega yang belum tamat tempohnya.

Tips Penggunaan1. Anda boleh memilih menggunakan mentega tulin atau lepa susu.Dari segi tekstur,ianya lebih kurang sama tetapi dari segi rasa, mentega tulin lebih sedap.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk kira-kira 30 - 45 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
3. Untuk mempercepatkan mentega lembut, potong dadu kecil-kecil dan biarkan sebentar. Ada juga orang yang meletakkan mentega atas oven yang sedang dipanaskan. Tapi hati-hati jangan lama sangat kerana mentega akan cair kerana terlalu panas.
4. Untuk melembutkan mentega, tidak perlu memanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia akan cair, kecuali jika memang anda nak gunakan mentega cair.
5. Mentega yang terlalu lembik sudah tidak sesuai untuk membuat kek atau biskut kerana akan lebih berminyak daripada keadaan biasa.
Contoh lepa susu adalah seperti Buttercup, Butterlite, FarmCows, Giant butter spread, dan lain-lain.
Contoh mentega lepa susu FarmCows (picture courtesy of Google)

2) Marjerin

Marjerin pula diperbuat dari minyak kelapa sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa mengikut jenama yang berada di pasaran. Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah Planta, Daisy, marjerin Seri Pelangi, Puteri dan banyak lagi. [citation]
Contoh marjerin Planta (picture courtesy of Google)

Contoh marjerin Seri Pelangi (picture courtesy of Google)

Planta Soft, Naturel Soft marjerin atau sebarang marjerin lembut di dalam ‘tub’ atau bekas plastik di bahagian tempat freezer pasaraya juga tidak sesuai dibuat kek atau biskut kerana ia mengandungi kandungan air yang tinggi. [citation] [citation] Gunakan marjerin yang dilabelkan sesuai untuk membuat kek/biskut/roti seperti Planta serbaguna atau Daisy dalam tin atau gunakan marjerin khas seperti Seri Pelangi dan Puteri.

3) Shortening/Lemak sayuran

Shortening adalah 100% lemak dan padat (solid) pada suhu bilik. Ia biasanya dibuat daripada minyak sayuran yang dihidrogenasikan (hydrogenated) tetapi kadang-kadang juga mengandungi lemak haiwan. Tekstur 'flakey' pada pastry datang dari lemak padat atau 'lard' (lemak khinzir) yang diuli dalam lapisan tepung/doh. Dalam sesetengah resepi, shortening dipukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasilkan produk yang gebu. Terdapat emulsifier dalam shortening yang membenarkan ia mengemulsikan shortening dengan cecair. Ini bermakna ia membolehkan minyak dan cecair untuk bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur di dalam adunan dan doh. [citation]

Contoh vegetable shortening (picture courtesy of Google) Shortening mempunyai tahap suhu 'smoke point' yang tinggi berbanding mentega atau majerin (perlu suhu yang tinggi sebelum ia mula terhangus). Ia boleh disapu pada tin supaya roti yang dibakar tidak mudah hangus dan warnanya sempurna keperangan.[citation] 

Satu lagi kelebihan shortening adalah ia memerlukan tahap suhu yang tinggi untuk mula mencair. Semasa membakar biskut yang menggunakan shortening, ia membantu mengekalkan bentuk doh biskut dengan lebih lama. Ini membenarkan telur dan tepung untuk 'set' dan mengekalkan bentuk biskut daripada terlalu merebak (spread). Terdapat beberapa shortening yang mempunyai tiada atau sedikit trans fat. Walau bagaimanapun, dari segi rasa shortening tidak menyumbangkan rasa kepada biskut atau roti. [citation] 

Bergantung pada diri masing-masing untuk memilih yang terbaik. Jalan yang mudah adalah menggunakan mencampurkan separuh daripada lemak-lemak tersebut. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu dari segi kos, tekstur dan personal preferance. [citation]

-bagi pihak DBK, pure butter juga yang terbaik!!!

sumber :
http://zachoes.blogspot.com/
http://resipinoraini.blogspot.com/2008/04/perbezaan-mentega-marjerin-dan.html


sumber lain yang menarik juga untuk dibaca:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11253.0
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131108/ke_04/Mentega-atau-margerin


http://menuinternasional.blogspot.com/2013/02/cara-membedakan-magarine-metega-dan.html



apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Saturday, April 19, 2014

NEW MENU - japanese soft cotton cheese cake

AS SALAM

DBK buat khas semperna birthday girl yang suka makan cheese & coklat

sesiapa nak masuk order, harganya = RM 80


japanese soft cotton cheese cake
topping : coklat ganache
size : 8 (1resepi)
berat : 1++kg


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
 -Anda Pasti Puashati-

NEW MENU - Congo Bars

AS SALAM

nama customer : salwa
dari : kg besut
order : congo bars = RM 60

congo bars
penuh dengan coklat chips & hirisan badam 
size : 10x10


komen salwa - " good job.. antara menu yang cepat licin di meja candy buffet"

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

melting cheese cake a.k.a kek keju meleleh

AS SALAM

nama customer : z*** (dirahsiakan)
dari : putrajaya
order : melting cheese cake = RM 90

melting cheese cake a.k.a kek keju meleleh
size : 8 (1resepi)
berat : 1.5kg++


kek dihantar ke seseorang di INTAN

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

RVC in jar

AS SALAM

nama customer : siti normala
dari : KL
order : RVC in jar = RM 10/jar

10jar - RVC in jar
with cream cheese frosting
reben & sudu disediakan


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

1set dipped fruits with chocolate

AS SALAM

nama customer : farah
dari : kuala lumpur
order :1set dipped fruits with chocolate = RM70/set

1set dipped fruits with chocolate


set coklat ini di hantarkan ke si pengantin baru di kijal

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

red velvet cake with cream cheese frosting

AS SALAM

nama customer : emylia
dari : putrajaya
order : red velvet cake with cream cheese frosting (tema : superman) = RM 100

RVC tema superman
pilihan cake :  red velvet cake 
saiz : 8 (1 resepi)
filling  & topping : cream cheese frosting
decoration : fondant
berat : 2.1kg++



kek ini di hantarkan ke orang tersayang di Epic Mushitari Sdn Bhd

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

italian tiramisu in jar

AS SALAM

nama customer : nadia famila
dari : puchong, selangor
order : italian tiramisu in jar = RM 10/jar


 italian tiramisu in jar - 10 jar
reben & sudu disediakan


hasil order ini dihantarkan ke en suaminya di Kemaman Bitumen Company

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

kek fondant bentuk masjid

AS SALAM

nama customer : za
dari: kg bkt kuang
order : kek fondant bentuk masjid = RM 300

kek fondant bentuk masjid
pilihan kek : kek marble (2.5resepi)
filling : buttercream
topping & decoration : fondant & gumpaste
berat : 3.8kg++


komen za - "cantik, sayangnya nak makan"
komen pengantin yg dapat kek ni - "sedap sungguh..."

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

bahulu pecah lapan (asli)

AS SALAM

nama customer : Rusdiah/ Kak Ani
dari : Lot 144, kemaman
order : 900 bahulu pecah lapan asli = RM 1.80/pax
-harga selepas tolak diskaun 5%, satu jatuh RM 1.71/pax-

details mngenai pakej bahulu pecah lapan,klik link di bawah
http://deebakerkemaman.blogspot.com/2014/02/pakej-goodies-atau-doorgift-bahulu.html

 bahulu pecah lapan perisa asli


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-