Followers

Search This Blog

GOOD NEWs FOR EVERYONE

GOOD NEWs FOR EVERYONE
harga sama, tiada caj GST dikenakan..

DBK Form - Untuk Sebarang Pertanyaan @ Order. DBK will be reply in 24hours

Name
Email Address
Tel. No
Address
Order or Enquiry
How Do You Know Us

Get your own free form like this one.
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, March 28, 2015

Kotak Doorgift atau Kotak Goodies

AS SALAM

Di DEE BAKER KEMAMAN, selain kotak untuk bahulu pecah lapan & kotak untuk kek marble pecah lapan, ada pelbagai lagi jenis, corak, design & bentuk kotak yang custom made untuk majlis/event ada.

Setiap satu kotak ada pelbagai lagi corak/design/warna yang menarik. sila contact DBK untuk lebih lanjut

SIZE
7.5cm x 7.5cm x 6cm

SIZE
17cm x 9.5cm x 8cm


SIZE
8cm x 11.5cm

SIZE
9.3cm x 8.3cm x 9.3cm

SIZE
9.3cm x 8.3cm x 9.3cm

SIZE
8cm x 5cm x 6cm

SIZE
8cm x 8cm x 6cm

SIZE
14.5cm x 12cm x 9cm

SIZE
11cm x 6cm x 6cm (Mini)
17cm x 4cm x 4cm (Small)
16.5cm x 5cm x 5cm (Medium)
22cm x 6cm x 6cm (Large)

SIZE
12cm x 9cm x 9cm

SIZE
17.5cm x 10.5cm x 6cm

SIZE
10cm x 10cm x 7cm

SIZE
15cm x 10cm x 10cm

SIZE
10cm x 12.5cm x 7.5cm


SIZE
20cm x 10cm x 7.5cm


Specific kotak

SIZE
saiz berbeza setiap kotak, sila rujuk saiz kotak pada setiap gambar

MATERIAL
Artcard 300gsm (1 Side Coated)

FINISHING
No LaminationGloss / Matte Lamination 

STRING
White String

MINIMUM ORDER
300 pcs

COLOR CHART
(anda boleh pilih warna dari colour chart di bawah)


harga?
semestinya menarik & berbaloi sebabnya kotak sangat berkualiti tinggi.
Harga mampu milik..
Harga tetap sama selepas GST dilancarkan

Berminat nak order?
sila wasap/ sms/ call 017-6760784
atau
email ke deebaker591984@gmail.com

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Kotak Bahulu Pecah Lapan dan Kotak Kek Marble Pecah Lapan

AS SALAM

Di DEE BAKER KEMAMAN, terdapat pelbagai jenis corak dan design kotak bahulu pecah lapan & kotak kek marble pecah lapan untuk majlis/event anda..

harganya pula? harga sangat-sangat berpatutan sebabnya
1/ kotak ni adalah custom made untuk event anda sahaja. Maknanya di kotak tersebut boleh cetak nama event anda, nama anda & tarikh event anda. Anda juga boleh pilih warna kotak mengikut tema event anda. (bukan kotak ready made ok!!)

2/ kualiti kotak ni sangat bagus sebab jenis kotak tebal (bukan jenis kotak lembut). Siap ada tali pemegang warna putih yang kukuh

3/ sangat exclusive & elegan untuk diberikan sebagai packaging doorgift mahupun goodies untuk apa jua jenis event (dari sekecil-kecil-majlis sehingga sebesar-besar majlis -  nak bagi kat tetamu pun tak segan la)

4/ anda boleh pilih sendiri degisn kotak yang memikat hati anda. (kalau nak letak gambar sendiri kat kotak tu pun, boleh sangat-sangat)























Specific kotak

SIZE
14cm x 14cm x 3.5cm

MATERIAL

Artcard 300gsm (1 Side Coated)

FINISHING

No LaminationGloss / Matte Lamination 

STRING

White String

MINIMUM ORDER

300 pcs

COLOR CHART

(anda boleh pilih warna dari colour chart di bawah)



jom order bahulu pecah lapan beserta kotak & kek marle pecah lapan beserta kotak. jaminan diberikan, anda pasti puas hati. Tempahan bahulu pecah lapan beserta kotak ATAU tempahan kek marble pecah lapan beserta kotak hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4minggu sebelum tarikh event anda supaya memudahkan proses custom made kotak berjalan dengan lancar (tidak rushing la). Anda sendiri tidak perlu membazir tenaga & masa untuk packaging. Hanya perlu datang ke tempat DEE BAKER KEMAMAN ni untuk self pick up. Servis delivery bercaj juga disediakan.

berminat untuk order? Harga selepas GST dilancarkan adalah sama.
Order RM 1000 & ke atas, ada rebate diskaun 5% menanti anda tau..

bahulu pecah lapan berserta kotak, details harga boleh baca kat link di bawah
http://deebakerkemaman.blogspot.com/2014/02/pakej-goodies-atau-doorgift-bahulu.html

kek marble pecah lapan berserta kotak, details harga boleh baca kat link di bawah
http://deebakerkemaman.blogspot.com/2013/05/pakej-doorgift-kek-marble_3.html

-sila copy & paste link di atas ye-

kalau nak guna kotak ni tapi nak letak selain bahulu pecah lapan & kek marble pecah lapan pun boleh je.

nak order?
wasap/ sms/call 017-6760784
atau
email ke deebaker591984@gmail.com

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

 DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Tuesday, March 24, 2015

Follow Dee Baker Kemaman di Instragram & Facebook

AS SALAM

Please follow Dee Baker Kemaman di Instragram
https://instagram.com/deebakerkemaman/

atau search deebakerkemaman di Instragram

also


Please like Dee Baker Kemaman fanpage di Facebook
https://www.facebook.com/pages/Dee-Baker-Kemaman/175210422495238?ref=bookmarks

atau search Dee Baker Kemaman di Facebook

TQVM

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Monday, March 16, 2015

Kelas Cream Puff & Eclairs

AS SALAM

nama student : kak aini
dari : tmn desa solehah
class : cream puff & eclairs




KELAS CREAM PUFF & ECLAIRS – DEE BAKER KEMAMAN

BAYARAN :

RM 200.00/each head
(DBK tidak mengambil bayaran deposit kelas. Bayaran penuh dibuat setelah selesai pembelajaran kelas)

HUBUNGI UNTUK TEMPAHAN KELAS :

017-6760784
deebaker591984@gmail.com

LOKASI :

1246, Taman Kenari, Pengkalan Cicar, Kg. Bukit Kuang, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu

KELAS DIADAKAN PADA HARI DAN WAKTU :

Sabtu, @ Hari Cuti Umum : 8 pg - 1.00 ptg (atau hingga selesai )

PESERTA :

Minimum : 1 orang
Maksimum : 4 orang sahaja per sessi
(Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan 3 hari sebelum tarikh kelas. Kerjasama anda amat dihargai)

INFO KELAS :

1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang bahan, peralatan, teknik, puff, eclairs & etc
3) Bahan-bahan dan peralatan akan disediakan
4) Teknik membuat choux paste dari A sampai Z
5) Teknik membuat creamy custard filling
6) Teknik membuat coklat ganahe
7) Teknik piping choux paste & piping filing & piping coklat ganache & tabur dust powder
8) Nota & resepi (puff, creamy custaed filling & coklat ganache) akan diberikan
9) Penerangan penyimpanan puff & eclairs yang telah dibuat
10) Tips –tips berguna yang berkaitan sepanjang kelas dijalankan

PENTING :~ Pastikan TIDAK membawa bersama anak / rakan untuk keselesaan peserta lain


 apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Tuesday, February 24, 2015

Kelas Kek Buttercream di Dee Baker Kemaman

AS SALAM 


KELAS KEK BUTTERCREAM – DEE BAKER KEMAMAN
1/ kelas kek 3D/2D
2/ kelas kek princess/barbie doll & border
3/ kelas kek edible image & border
4/ kelas kek cartoon artwork

BAYARAN : RM 200.00/each class cake
(DBK tidak mengambil bayaran deposit kelas. Bayaran penuh dibuat setelah selesai pembelajaran kelas)

HUBUNGI UNTUK TEMPAHAN KELAS KEK BUTTERCREAM :
017-6760784
deebaker591984@gmail.com

LOKASI :1246, Taman Kenari, Pengkalan Cicar, Kg. Bukit Kuang, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu


KELAS DIADAKAN PADA HARI DAN WAKTU :
Sabtu, @ Hari Cuti Umum : 8 pg - 1.00 ptg (atau hingga selesai )

PESERTA :Minimum : 1 orang
Maksimum : 4 orang sahaja per sessi
(Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan 3 hari sebelum tarikh kelas. Kerjasama anda amat dihargai)

INFO KELAS :1) Kelas diajar secara 'hands-on'
2) Penerangan tentang kek, buttercream & etc
3) Bahan-bahan dan peralatan akan disediakan
4) Teknik memotong kek menggunakan 'cake leveler'
5) Teknik 'filling' & melepa kek
6) Teknik menggunakan coklat ganahe untuk 'drawing'
7) Teknik asas nozzle untuk border (nozzle yang digunakan dalam kelas ini sahaja)
8) Nota & resepi (kek span, buttercream (frosting), buttercream (deko) & coklat ganache disediakan) akan diberikan
9) Penerangan penyimpanan kek yang telah dibuat (untuk tujuan travelling)
10) Tips –tips berguna berkaitan dengan kek sepanjang kelas dijalankan

PENTING :~ Pastikan TIDAK membawa bersama anak / rakan untuk keselesaan peserta lain


apa tunggu lagi.. jom join kelas Bakeri di Dee Baker Kemaman sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Monday, February 2, 2015

tips of colouring fondant , freezing cakes & types of buttercream

AS SALAM

sedikit sebanyak tips yg dapat dikongsi bersama




sumber :
1/ www.lovelytutorials.com
2/ veena's art of cakes

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Tuesday, October 21, 2014

telur baru atau telur lama?

AS SALAM

salah satu info yang berguna..



DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Tuesday, August 26, 2014

Tepung Gandum oo Tepung Gandum...

AS SALAM SEMUA

sebenarnya dah lama nak buat entry ini, tidak kesibukka melanda..

Rasa sedih bila dapat tahu tepung yang selama ini biasa di gunakan mengandungi bahan berbahaya, pada mulanya ada rasa tidak puas hati dengan mengatakan mungkin ia hanya propaganda namun setelah saya selidiki ternyata ianya benar. 





Tepung kandungan Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
MENGANDUNGI Benzoyl Peroxid
(DBK memang tak pakai tepung gandum brand2 di bawah ni, BOIKOT)

1.Tepung Cap Sauh

2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Lily
4.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:

Tanpa Benzoyl Peroxide
(SOKONG walaupun harga lebih mahal janji untuk kesihatan masa depan para pengguna Dee Baker Kemaman terjamin)


1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA



Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)



*untuk tepung cap bunga cempaka, kena baca betul dengan teliti kat packaging ini..




















sumber :-
1/ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tepunggandumbahanpeluntur/Article/index_html
2/ http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/senarai-tepung-yang-bahaya-pada.html#ixzz3BYe0LSwA

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Tuesday, June 17, 2014

DIY : Bahan2 Baking

as salam



sumber :
http://www.totcupcakes.com/2013/12/info-bahan-alternatif-dalam-masakan.html

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

DIY : Bahan Asas untuk Baking

as salam semua
kadang-kadang apa yang kita nak, stok dah habis kat kedai.. atau kita rasa was-was nak beli.. jadi boleh buat sendiri.. lebih jimat, mudah, bersih & yakin.. tapi bt kerja lebih sikit & take time sikit la

Tepung Naik Sendiri
Bahan2nya:
500gm tepung gandum
7  sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara2nya:
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ku...bolah simpan dalam bekas bertutup dan bila nak  nak guna bolehlah guna tanpa was-was....

Tepung Kek

Bahan2nya:
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Cara2nya:

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek...kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu....

Sour cream (krim masam)

Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream
3/4 sk white vinegar / cuka makan
Cara2nya:

1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.
2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.
3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.
4. Simpan dalam peti sejuk.

Buttermilk (susu masam)

Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair
2 sb white vinegar / cuka makan / epal cider vinegar
Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.
2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.

Brown sugar (gula perang)

Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses
Cara2nya:

1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses.
2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.


sumber :
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/02/buat-sendiri-tepung-kek-dan-tepung-naik.html
http://mybakingworkshop.blogspot.com/2013/07/jom-buat-sendiri-bahan2-asas-untuk.html
http://mybakingworkshop.blogspot.com/2013/07/jom-buat-sendiri-bahan2-asas-untuk.html

apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

Wednesday, April 23, 2014

15 Tip Memilih Bahan Untuk Membuat Kek

AS SALAM

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek boleh memberikan hasil yang berlainan untuk kek yang anda buat. Kek yang menjadi dengan elok atau tidak bergantung kepada bahan-bahan.

15 Tip Memilih Bahan Untuk Membuat KekBahan-bahan yang perlu haruslah mengikuti 15 tip berikut:


1. Bahan-bahan untuk membuat kek perlu berada pada  suhu bilik (bolehlah dikeluarkan dari peti sejuk kira-kira 60-90 minit sebelum bahan-bahan ini diperlukan).

2. Bagi mengetahui samada telur yang anda gunakan itu segar atau tidak, letak telur dalam sebuah mangkuk yang berisi air. jika telur tenggelam, telur itu segar.  Tetapi jika telur tersebut terapung atau berdiri di atas satu hujungnya ini jelas menunjukan telur tersebut tidak lagi segar.

3. Telur  biasanya bermakna telur Gred A atau telur saiz besar.

4. Susu biasanya bermaksud susu homogenized.

5. Anda boleh menggantikan susu dengan yogurt atau krim masam, untuk mendapatkan tekstur kek yang berbeza.

6. Untuk menggantikan buttermilk anda boleh mencampurkan 1 sudu teh cuka untuk setiap cawan susu homogenized dan kacau.

7. Untuk mendapatkan timbangan yang paling tepat, gunakan alat penimbang digital.

8. 1 biji besar putih telur = 37 gram, 1 biji besar kuning telur = 20 gram. Telur boleh dipisahkan antara putih dan kuning ketika sejuk. Putih telur paling baik dipukul ketika berada pada suhu bilik atau tidak sejuk.

9. Putih telur yang dibekukan hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk pada malam sebelum anda memerlukannya.

10. Untuk hasil terbaik, menggunakan ekstrak vanila tulen. Jangan takut untuk menggandakan kuantiti vanila.

11. Telur yang baru dikelurkan dari peti sejuk boleh dibawa ke suhu bilik dengan cepat dengan merendam keseluruhan di dalam semangkuk air suam (bukan air panas!) selama 30 minit.

12. Mentega yang baru keluar dari peti sejuk pula boleh diturunkan ke suhu bilik dengan cepat, dengan  cara memotongnya menjadi kiub-kiub kecil dan diletakan di atas pinggan selama kira-kira 15 minit.

13. Semisweet Chocolate = Dark Chocolate.  Dan Bittersweet Chocolate = Extra Dark Chocolate.

14. Semisweet chocolate & Bittersweet Chocolate boleh ditukar-tukar kegunaannya.

15. Gunakan mentega tanpa garam untuk resipi kek melainkan dinyatakan sebaliknya.

Untuk mendapatkan kek yang menjadi dengan baik gunakan tip dan panduan memilih dan menyediakan bahan-bahan ini.

sumber :
http://www.allykek.com/15-tip-memilih-bahan-untuk-membuat-kek.html#sthash.HnaS3TzR.dpuf


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-