salam semua
bermula bulan jun tahun nie, DBK akan beroperasi seperti biasa (sekarang je tutup sementara sebab cuti bersalin)...
ramai juga yang kol bertanyakan kelas bakery @ DBK nie... DBK sgt2 memahami kerana di Terengganu mmg agak susah nak mencari kelas bakery... so, DBK dengan berbesar hati ini memberitahu disini, mulai bulan jun 2011, ada banyak jenis kelas bakery yang kan DBK anjurkan... tujuan DBK wat kelas bakery ikhlas ingin berkongsi ilmu bakery kepada sesiapa yang berminat dengan dunia bakery ini.. ini sekaligus dapat membantu para peminat bakery tu menambahkan pendapatan keluarga yang sedia ada (rezeki org, cape tau kan)
harga @ yuran kelas bakery? ianya sangat-sangat berbaloi dengan ilmu bakery yang kan dipelajari.. jangan risau, DBK jenis tak kedekut ilmu, semuanya bakal diajar... segala tips & petua semuanya akan dikongsi bersama..
nak tau details, klik http://deebakerkemaman.blogspot.com/p/kelas-bakery-dbk.html
so, sesiapa yang berminat, bolehla pilih tarik & masa yang sesuai... yang bagusnya di DBK nie, nak tau ape? DBK listkan ye..
1/ DBK tidak menerima deposit untuk kelas bakery.. yuran kelas harus dibayar selepas habis kelas.. (jangan tak bayar suda, tak berkat ilmu yang di belajar tu)
2/ DBK memberi kelonggaran pada para pelajar boleh memilih sendiri masa & tarikh untuk menghadiri kelas.. & jika dapat hadir ke kelas, sila maklumkan ke DBK 3ari sebelum ari kelas akan diadakan.
3/ jika kelas melebihi pukul 1ptg, makanan tengahari & ruang solat disediakan... tiada extra caj (walaupun dalam jadual kelas tertulis kelas sehingga pukul 1ptg)
4/ sekiraya para pelajar datang dr jauh untuk menghadiri kelas bakery @ DBK & tiada tempat bermalam, DBK ada 1 bilik untuk mereka (RM50 / 1org / 1mlm)
so, ada sesiapa berminat? boleh la risik-risik dari sekarang kan...
DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-
No comments:
Post a Comment