Followers

Search This Blog

GOOD NEWs FOR EVERYONE

GOOD NEWs FOR EVERYONE
harga sama, tiada caj GST dikenakan..

DBK Form - Untuk Sebarang Pertanyaan @ Order. DBK will be reply in 24hours

Name
Email Address
Tel. No
Address
Order or Enquiry
How Do You Know Us

Get your own free form like this one.

Wednesday, October 5, 2011

Info bakeri berguna

salam semua...  entri kali ini menhenai info bakeri.. untuk tujuan semua...

sumber dari alkiram.net



Untuk membakar kek dan biskut menggunakan oven elektik, bahagian api mana yang perlu
digunakan?


Jawapan: Dari pengalaman saya, jika membakar kek atau biskut dengan ketuhar elektrik, gunakan pemanas bahagian bawah saja.

Sesetengah ketuhar tidak mempunyai ‘gadget’ ini tetapi mempunyai ‘kipas’ di bahagian belakangnya

Jika ketuhar anda begini, gunakan pemanas atas dan bawah tetapi pastikan suhunya disesuaikan kerana biskut mudah hangus. Ia juga tidak mengambil masa yg lama untuk masak. Permukaan kek juga akan mudah hangus jadi tutupkan (longgar) dengan kertas timah untuk mengelakkan kek terlalu keperangan. Jika anda masih sangsi, dapatkan khidmat nasihat dari pembekal/pekedai kerana saya percaya, mereka lebih arif tentang ketuhar keluaran jenama tertentu itu.



Saya tidak faham bagaimana cara untuk membalik kaup kek.?
Cara ‘kaup-balik’ kek lazimnya menggunakan senduk kayu. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini. Jika hendak ‘kaup-balik’ putih telur ke dalam adunan kek, masukkan 1/4 bahagian terlebih dulu. Buatkan bentuk angka ‘8′ yang ‘agak leper’ sambil menyatukan putih telur (atau tepung) ke dalam adunan. Jangan gangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat).

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jadikan merique’/kaup balik ?


Untuk membuat ‘meringue’, pastikan pemutar letrik & mangkuk bebas dari minyak (bilas dengan air panas & lap dengan kain bersih). Pukul putih telur (pastikan tiada langsung sedikit kuningnya yg masuk sekali) pada kelajuan sederhana sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula (1 camb sekali masuk). Bila semuaEgula habis dimasukkan, barulah diputar pada kelajuan maksimum hingga adunan putih telur kental. (Bila terbalikkan mangkuk, tidak tumpah). Kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek keju supaya kek nanti ringan.

Apa akan terjadi pada kek sekiranya kita mengantikan mentega dengan marjerin?
Bezanya, kek yang menggunakan mentega (terutama yang kandungan krim susunya tinggi - lebih mahal), lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harusiingati, jika mentega dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak. Kek yang menggunakan marjerin tidak begitu wangi seperti kek mentega. Ia juga tidak ’selemak’ kek mentega. Jika anda memilih marjerin (timbang kilo) atau ‘kureng berjenama’,
rasa kek juga tidak enak. Kebanyakan marjerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya, adunan tidak kembang elok.

Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan kelihatan hodoh.kenapa?


Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu(ratakan
permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di bahagian bawahnya yang lebih rata.

Bagaimana hendak membuat kek chiffon supaya tidak turun?


‘Kek Chiffon’ “turun” kerana putih telur tidak dipukul hingga cukup kerasnya. Semasa kaupbalik ke dalam adunan, pastikan ketulan putih telur masih kelihatan dan tidak mencampurkan hingga sebati semuanya. Bila telah masak, terbalikkan dan biar kek keluar dengan sendiri.
Kek Chiffon sangat sensitif kerana anda perlu memastikan putih telur naik kental supaya kek tidak turun. Ini bermakna, mangkuk dan pemutar letrik mesti bebas dari sebarang minyak dll. Bilas dengan air panas dan lap dengan tuala bersih. Masukkan kek ke dalam oven sebaik saja selesai dibuat. Jika dibiarkan di luar ‘menunggu’ selama 5 min pun, putih telur akan “mendap” dan kek akan berat. Sebaik saja masak, ia mesti diterbalikkan supaya bahagian
tengahnya tidak turun.Bila sejuk baru dikeluarkan dari tinnya. Jika inginkan perasa oren, tambah 1 camt parutan
kulit oren dan jus oren yg sama banyak dengan jus pandan.

Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?


Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa
bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).

Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?
Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. Anda boleh cuba cara ini:
Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam @ setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.

Berapa lama masa yang sesuai untuk memukul butter+gula, telur seterusnya tepung?


Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis. Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada satu masa.)

Berapakah sukatan tepung gandum dan baking powder yang tepat untuk menggantikan tepung naik sendiri.?

Untuk menggantikan tepung naik sendiri, tambah 1 sudu teh (gunakan sudu khas) dengan 250 g tepung gandum.

Apakah perbezaan telur gred A dan gred B?


Telur Gred A lebih besar dari Gred B. Sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit saja atau ketika menggunakan kuningnya saja.

Apakah perbezaan kesan penggunaan telur ayam kampung dalam adunan kek?


Telur kuning di dalam telur ayam kampung lebih terang warnanya. Telur ayam kampung selalunya agak kecil dibandingkan dengan telur Gred A, jadi, mungkin anda mesti menambah bilangan telur bila membuat kek dll. Secara amnya, sebiji telur Gred B, selepas dipukul, anggaran 60 ml (1/4 cawan = 63 ml) atau 4 camca besar (1 camb = 15 ml).

untuk ilmu bersama


DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

4 comments:

  1. Assalam..
    Saya baru sahaja belajar nak buat cupcake, smlm try la buat cupcake orange.. time baking nampak cantik gebu naik ke atas sekali dah masak, terus jatuh.. bila nak makan kek jadi keras.. mcm mkn apam je hah.. tepung nampak tersusun rapat2.. boleh bg tips?

    ReplyDelete
  2. Sy bru cube mmbuat kek marble pecah 8...sy hnye mggunakn oven biase sj...knpe lps 1hr kek bahgian atas melekat pd plastik...adakah sbb xbprpe msk bhgin ats tu...

    ReplyDelete
  3. dayang - mungkin cupcakes awak bantat.. sila buat semual.. ikut step
    anonymous - ye, bahagian atas tu kena lama skit.. mungkin juga awak terlebih sukat mentega/minyak

    ReplyDelete
  4. sis, boleh berikan saya kaedah double boil dan kedah memukul kek tak?

    ReplyDelete