Followers

Search This Blog

GOOD NEWs FOR EVERYONE

GOOD NEWs FOR EVERYONE
harga sama, tiada caj GST dikenakan..

DBK Form - Untuk Sebarang Pertanyaan @ Order. DBK will be reply in 24hours

Name
Email Address
Tel. No
Address
Order or Enquiry
How Do You Know Us

Get your own free form like this one.

Wednesday, April 23, 2014

Rahsia Vanila

AS SALAM


Vanila bean datang dari buah vanilla yang datang daripada sejenis tumbuhan orkid. Buahnya dalam bentuk pod seperti buah kacang. Terdapat lebih 110 jenis orkid vanila, hanya 1 jenis saya sesuai untuk di komersialkan iaitu Vanilla planifolia untuk vanilla bean.


Vanilla bean lebih mahal berbanding pes vanilla, ekstrak vanila, esen vanilla, serbuk atau gula. Vanilla bean inilah yang diproses untuk menjadikan ekstrak, pes, atau esen vanilla tu. Walaubagaimana pun vanilla bean adalah paling berperisa dan paling kuat mengeluarkan kewangian vanilla berbanding lain-lain bentuk.

Vanilla bean ini terdiri daripada pod kekacang yang kelihatan berlilin berwarna coklat gelap dipenuhi dengan beribu-ribu biji-biji halus. Jika anda membeli vanilla bean pastikan podnya nampak berisi dan licin dan tidak kering. Mereka harus bau yang sangat harum dan bersinar sedikit kepada mereka.

Perkara paling bagus bila menggunakan vanilla bean ialah rasa dan bau wanginya yang kuat dan terdapat biji-biji hitam halus pada seluruh kek atau adunan. Sangat menarik dan memuaskan terutama bila digunakan pada masakan yang berwarna putih atau terang seperti kek putih, cupcakes, mufin. Vanila bean memberikan rasa begitu kuat dan komponen visual dapat melihat biji hitam sedikit dalam produk siap yang menggunakan vanilla bean.

Resipi Vanilla Extract Tanpa Alkohol 
Berikut adalah resipi tersebut:

     16 vanilla beans
     1 1/2 cawan glycerin
     1/2 cawan air suam
     Balang Kaca kedap udara
  1. Potong sepanjang vanilla bean di bahagian tengah vanilla bean sehingga menjadi 2 bahagian
  2. Keluarkan biji-biji vanilla atau caviar menggunakan hujung pisau anda.
  3. Masukkan biji-biji vanilla tadi di dalam balang kaca.
  4. Gunting batang-batang vanilla tersebut kepada 4 bahagian and masukkan jugak batang -batang tersebut ke dalam balang yang sama tadi. Ini untuk memaksimakan hasil vanilla estrak
  5. Masukkan glycerin dan air suam ke dalam balang tersebut.
  6. Goncang! Goncang! Goncang! sekuat hati setiap hari untuk minggu pertama.
  7. Minggu ke 2 - ke 4, goncang 2 - 3 kali seminggu.
  8. Simpankan di dalam cupboard yang gelap, tidak terdedah kepada cahaya matahari.
  9. Selepas lebih kurang sebulan, (saya punya ekstrak tak makan masa sampai sebulan pun) Estrak anda dah siap untuk digunakan apabila dia mencapai warna coklat gelap keemasan (dark golden amber) bila dilihat balang itu di bawah cahaya matahari. 
  10. Untuk menggunakan, tapiskan vanilla ekstrak tersebut menggunakan penapis kopi sekiranya anda mahu gunakan ekstraknya sahaja atau penapis biasa sekiranya anda mahu vanilla beans tersebut berada di dalam masakan anda atau kek anda atau sebagainya. (saya suka letak kat dalam minuman nescafe saya, berbau harum bunga)
  11. Tidak ada tandingannya dengan vanilla ekstrak. Anda akan dapati perbezaan di dalam resipi anda apabila guna vanilla ekstrak berbanding vanilla essence atau flavor.
  12. Jangan lupa labelkan tarikh supaya anda tahu ekstrak dibuat pada hari apa.


Tidak ada yang lebih mudah dan murah dari membuat sendiri vanilla estrak yang asli. Kebanyakan Vanilla estrak yang terdapat di kedai amat musykil kandungan kerana pembuatan vanilla ekstrak yang asli memerlukan alkohol untuk mengekstrakkan rasa vanilla tersebut manakala essence atau pun vanilla adalah perasa tiruan yang hanya mengadungi kurang dari 10% dari rasa sebenar vanilla.

sumber :
http://www.allykek.com/apakah-vanilla-bean.htmlhttp://fidavanilla.blogspot.com/2011/02/mari-membuat-homemade-vanilla-extract.html
sumber lain yang menarik untuk dibaca :
http://rasa.karangkraf.com/artikel/dunia-masakan-selebriti/khasiat-di-sebalik-harum-vanila-1.231503
http://kemangipontian.blogspot.com/2013/05/rahsia-vanilla.html


apa tunggu lagi.. jom order sekarang!!!

DEE BAKER KEMAMAN
-Anda Pasti Puashati-

No comments:

Post a Comment